Umno lebih “gentleman” dari Bersatu, dakwa Puad

Umno lebih “gentleman” dari Bersatu, dakwa Puad

Umno lebih “gentleman” dari Bersatu, dakwa Puad.

Seorang pemimpin Umno mendakwa kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengenai perjanjian bertulis berhubung jawatan timbalan perdana menteri menunjukkan parti itu hanya inginkan jawatan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi berkata, Umno lebih baik dan “gentleman” daripada Bersatu kerana menyokong Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri tanpa sebarang perjanjian bertulis atau meletakkan syarat untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri.

Umno lebih “gentleman” dari Bersatu, dakwa Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi

“Maksudnya, dari awal lagi keutamaan Bersatu ialah jawatan. Dari awal lagi rupanya Bersatu sudah mengugut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana kejar jawatan.

“Bersatu sokong Ismail jadi perdana menteri demi jawatan timbalan perdana menteri, bukan rakyat. Di saat kejatuhannya, Muhyiddin masih bernafsu besar menuntut jawatan timbalan perdana menteri untuk Bersatu,” katanya dalam catatan di Facebook.

Oleh itu, beliau berkata, amat wajar Ismail tidak melayan perjanjian itu.

“Tidak ada faedah untuk rakyat. Tidak sama Pakatan Harapan-Bersatu memungkiri janji rakyat 100 hari,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, perbincangan jawatan timbalan perdana menteri antara Muhyiddin dan Ismail baru-baru ini bukan perkara baharu kerana jawatan itu adalah perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dan Ismail sebelum dilantik menjadi perdana menteri.

Ahad lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau menemui Ismail minggu lepas untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang menurutnya berkait perjanjian PN dengan perdana menteri.