UMNO akan ‘hanyut’ jika 80 peratus pengundi keluar – Muhyiddin

UMNO akan ‘hanyut’ jika 80 peratus pengundi keluar – Muhyiddin

UMNO akan hanyut jika 80 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Pengerusi Perilkatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional menang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor sebab peratusan keluar undi yang rendah dan ramai penyokong parti itu keluar mengundi.

Oleh tiu beliau minta semua pengundi tidak kira di mana mereka berada yang ada dalam daftar pemilih supaya keluar memilih kerajaan.

“Macam PRN Johor dulu tak ramai keluar (mengundi kerana) orang Umno totok ada di situ jadi (BN) menang,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok bersama masyarakat Kampung Tengah, Kampung Naib Piee, Kampung Parit Buaya dan Kampung Sungai Terap, Pagoh.

Pada PRN Johor Mac lalu, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Kata Muhyiddin, PRU15 amat penting bukan kerana soal beliau, Dr. Mahathir Mohamad, Ismail Sabri Yaakob atau Ahmad Zahid Hamidi tetapi demi kepentingan rakyat.

“Ini satu tanggungjawab penting. Tanggungjawab (kita turun) mengundi pada 19 Nov ini.

“Gelombang PN dilihat semakin tinggi misalnya di Perlis dan Kedah baru-baru ini saya pergi ke sana dapat merasainya,” katanya.

UMNO akan 'hanyut' jika 80 peratus pengundi keluar – Muhyiddin