Tunggu laporan sahih isu hina Anwar – Fahmi Fadzil

Tunggu laporan sahih isu hina Anwar – Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan rasmi berhubung Akmal Nasir dan sedang menunggu laporan sahih mengenai isu tersebut.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan sebaik sahaja mendapat laporan penuh.

“Setakat ini belum terima apa-apa jadi sukar untuk komen kerana belum ada kesahihan sama ada benar atau tidak benar, atau ada orang buat suntingan atau bagaimana.

“Jadi, setakat ini belum dibincangkan tapi saya percaya dengan mana-mana isu yang di bawa ke perhatian, kami adakan mesyuarat.

“Perkara ini mungkin akan dibincangkan sekiranya ada laporan dibuat tapi waktu ini saya belum terima apa-apa maklumat daripada pihak ibu pejabat tentang isu ini, setakat ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau mengulas tangkapan layar perbualan dalam satu kumpulan Whatsapp bernama AMK Bersih yang mendedahkan bahawa Akmal dan ahli-ahli AMK dilihat menghina presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbualan itu menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap Anwar yang masih belum dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Bagaimanapun, dari satu sudut ia dilihat seolah-olah satu cubaan untuk memecahbelahkan ahli-ahli dan penyokong KEADILAN malah pembangkang secara keseluruhan.

Ia bukan masa untuk ahli KEADILAN berbalah di kala kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih lemah dan tidak stabil serta gagal untuk membantu rakyat dengan sewajarnya.

KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu kembali bersatu padu.

Berita penuh : https://www.suarakeadilan.com.my/post/tunggu-laporan-sahih-isu-hina-anwar-fahmi-fadzil