Tujuh lelaki tempatan diberkas ,lalok, dadah

Tujuh lelaki tempatan diberkas ,lalok, dadah

Tujuh lelaki tempatan diberkas ,lalok, dadah. Seramai tujuh lelaki tempatan diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di dua lokasi di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang, di sini hari ini.

 Tujuh lelaki tempatan diberkas ,lalok, dadah

Kesemua suspek berusia antara 30-an hingga 40-an itu diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Teluk Kumbar dan Teluk Bahang semasa menjalankan tugasan Ronda Cegah Jenayah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, seramai enam lelaki yang masing-masing bekerja sebagai juruteknik, pengimpal, pelayan hotel, pemandu bot, nelayan dan tukang sapu itu ditahan di kawasan Teluk Bahang.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek terbabit menemukan dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 11.83 gram (g), 1.45g syabu dan peralatan menghisap dadah.

“Seorang lagi tangkapan dilakukan di kawasan Teluk Kumbar bersama rampasan dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 0.28g,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Ibu Pejabat polis Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6, Sek 12 (2) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Baca juga

Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari

Kejam!!! Bayi baru lahir maut ditikam ibu