“Tragedi dalam sekelip mata…” Bayi kritikal termakan ‘serbuk putih’ ketika beraya di rumah nenek

“Tragedi dalam sekelip mata…” Bayi kritikal termakan ‘serbuk putih’ ketika beraya di rumah nenek

“Tragedi dalam sekelip mata…” Bayi kritikal termakan ‘serbuk putih’ ketika beraya di rumah nenek.

Seorang bayi perempuan berusia setahun dilaporkan kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya di Taman PKNK di sini semalam.

Bayi tersebut, Ku Nur Khayla Ku Muhammad Shukri kini dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ibu mangsa, Nur Hidayah Azman, 28, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sibuk mengemas perkakasan rumah ibunya yang akan berpindah sebelum menyedari terdapat satu bekas berisi serbuk putih tanpa sebarang label tertumpah di lantai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia kemudian mengambil penyapu untuk menyapu tumpahan tersebut sebelum melihat anak keduanya itu dalam keadaan gelisah dan tidak selesa seperti ingin memuntahkan sesuatu daripada mulutnya.

"Tragedi dalam sekelip mata..." Bayi kritikal termakan ‘serbuk putih’ ketika beraya di rumah nenek

Katanya, melihat keadaan anaknya itu, suaminya, Ku Muhammad Shukri Ku Bide, 31, mula mengesyaki anak mereka keracunan akibat termakan serbuk putih tersebut dan segera mencuci mulutnya.

“Bagaimanapun ketika mencuci mulutnya, saya dapati tubuh anak saya semakin lemah lantas segera membawanya ke klinik berdekatan namun pihak klinik meminta kami untuk terus bawa dia ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, anaknya kemudian ditidurkan oleh pihak hospital susulan keadaan pernafasannya yang tidak stabil dipercayai kesan daripada racun tersebut.

“Kini anak saya masih dirawat di PICU dan pihak kami masih menunggu maklum balas daripada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya,” jelasnya.

Hidayah yang merupakan seorang suri rumah dan menetap di Johor bersama suami dan dua anaknya itu berkata, dia langsung tidak menyangka kemeriahan sambutan Syawal pada tahun ini akan bertukar menjadi tragedi dalam sekelip mata.

“Kami sekeluarga pulang ke Kedah pada minggu lalu untuk menyambut hari raya bersama keluarga mentua di Kodiang dan juga keluarga saya di Taman PKNK.

“Sepatutnya kami akan pulang semula ke Johor Sabtu ini, namun sekarang saya pun tak tahu macam mana.

“Kami sekeluarga kini hanya mampu berdoa dan mohon orang ramai juga doakan anak kami semoga dia sembuh dan kembali ke sisi kami dalam keadaan sihat seperti biasa,” katanya.