Tipu maklumat MySejahtera berdepan penjara dan denda

Tipu maklumat MySejahtera berdepan penjara dan denda

Tipu maklumat MySejahtera berdepan penjara dan denda. Pengembara yang didapati membuat pengisytiharan palsu di dalam aplikasi MySejahtera akan dikenakan tindakan penjara dan denda.

Tipu maklumat MySejahtera berdepan penjara dan denda

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pengembara memberikan maklumat palsu ketika mengisi maklumat di aplikasi tersebut.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta 342, sama ada didenda atau dipenjara atau kedua-duanya.” katanya.

 

Turut baca