Tinggal tunggu hari diijabkabul, tunang lenyap entah kemana, ‘post’ gambar perempuan lain

Tinggal tunggu hari diijabkabul, tunang lenyap entah kemana, ‘post’ gambar perempuan lain

Tinggal tunggu hari diijabkabul, tunang lenyap entah kemana, ‘post’ gambar perempuan lain. Siapa yang tidak sedih, apabila segala persiapan telah siap, hanya tinggal menunggu hari bergelar raja sehari, namun tiba-tiba bakal suami menghilang?

Tinggal tunggu hari diijabkabul, tunang lenyap entah kemana, 'post' gambar perempuan lain

Itulah yang dirasai seorang wanita apabila dia tiba-tiba tidak dipedulikan tunangnya tanpa sebarang alasan kukuh.

Perkongsian di tik tok meraih perhatian apabila dia memuat naik kisah sedihnya yang ditinggalkan tunang ketika hari ijab kabul semakin hampir.

Menerusi video, difahamkan tiba-tiba bakal suami mula mengabaikan mesej dan panggilan wanita ini dan tanpa disangka memuat naik gambar dan video bersama wanita lain dengan kapsyen meruntun jiwa.

Lebih perit, pernah sekali wanita ini pergi makan di sebuah restoran dan terserempak dengan tunangnya bersama wanita lain. Namun, lelaki yang dicintainya itu langsung tidak menghiraukannya dan meneruskan makan seperti biasa.

Malahan, menurut wanita ini, segala persiapan telah siap dari segi baju kahwin, hantaran dan lain-lain, namun ianya punah sekelip mata.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita ini namun bersyukur kerana Allah menyelamatkannya dari mengahwini lelaki yang tidak tepat untuk menjadi peneman hidupnya.

Malahan, ramai yang mendoakan agar wanita ini bertemu kebahagiaan hakiki bersama orang yang tepat kelak.

 

Turut baca