Tindakan polis trafik iringi kereta anak Ahli Parlimen UMNO undang padah

Tindakan polis trafik iringi kereta anak Ahli Parlimen UMNO undang padah

Tindakan polis trafik iringi kereta anak Ahli Parlimen UMNO undang padah.  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil tindakan disiplin ke atas dua anggota pasuikan itu yang didapati bertindak menjadi pengiring kereta anak kepada Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya memberitahu, sebelum ini polis sudah membuka siasatan ke atas anggota terbabit kerana menggunakan motosikal PDRM semasa mengiringi anak ahli politik terbabit.

Hamzah berkata polis Pulau Pinang membuka kertas saiasatan tatatertib ke atas dua anggota berkenaan

Katanya mereka mengiringi kenderaan berkenaan di sepanjang Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

“PDRM turut menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas video sepanjang 20 saat berkenaan tular di media sosial sejak 7 Mei lalu,” kata Hamzah.

Terdahulu Steven Sim (PH-Bukit Mertajam) mengemukakan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai tindakan yang diambil ke atas anggota PDRM berkenaan.

Kata Sim dia ingin tahu mengenai status siasatan kes tersebut kerana anak ahli parlimen terbabit dianggap menyalahgunakan kemudahan polis pengiring.

Kata Hamzah dua anggota polis trafik terbabit diambil tindakan disiplin mengikut Peraturan 36, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan polis turut menyiasat anak Abdul Azeez, Mohamed Khairul Anwar, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sebagai pemilik akaun Instagram yang menjadi platform video pendek itu disiarkan pada asalnya.

Dalam video itu, seorang anggota polis trafik kelihatan memberhentikan sebuah kereta yang hendak membelok bagi membolehkan kenderaan Khairul Anwar melanggar lampu merah.

Kereta terbabit dilihat terpaksa membrek mengejut bagi mengelak ia merempuh polis berkenaan.