Timbalan Pengarah Operasi ditahan seleweng duit raya

Timbalan Pengarah Operasi ditahan seleweng duit raya

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini menahan seorang Timbalan Pengarah Operasi di sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan peruntukan duit raya Aidilfitri berjumlah RM22,500 pertengahan tahun ini.

Menurut sumber SPRM, suspek menerima wang berkenaan daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Walau bagaimanapun suspek yang berusia 53 tahun dan berkhidmat dengan kerajaan itu tidak mengagihkan duit raya tersebut kepada penerima yang layak.

“Suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi di pejabat SPRM Kedah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai berkenaan.

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/timbalan-pengarah-operasi-ditahan-seleweng-duit-raya/