Tiada siapa yang mahu….100 rumah di Bahau rosak dipukul ribut

Tiada siapa yang mahu….100 rumah di Bahau rosak dipukul ribut.
Kira-kira 100 rumah di beberapa taman perumahan rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda Bahau, Jempol, Negeri Sembilan, petang tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba Bahau, Mohd Rasul Hashim, hujan dan ribut berlaku sekitar 2.45 hingga 4 petang tadi.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.33 petang dan tiba di lokasi kejadian selepas itu.
“Berlaku kejadian pokok tumbang hingga menutup jalan utama di Kampung Indah dan Taman Merbah.
“Terdapat bumbung rumah penduduk rosak dan diterbangkan ribut di beberapa lokasi seperti di Taman Bahau, Kampung Baru Indah, Taman Peniaga dan Taman Merbau malah Balai Bomba Bahau juga mengalami kerosakan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Rasul berkata, pihaknya memantau keadaan rumah penduduk yang terjejas dan menasihatkan mereka sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik dan runtuhan.
“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan cedera akibat ribu tersebut,” katanya.
Turut baca
- Terlepas hukuman gantung, remaja bunuh suami menangis bersyukur
- Rogol 13 pelajar, ada yang hamil 2 kali, bekas guru dijatuhkan hukuman mati
- Nasib tak putus… Kanak-kanak 3 tahun tahan sakit hampir sejam, kaki tersepit eskalator