Tiada laporan rasmi diterima berhubung serangan pengganas di India – KPN

Tiada laporan rasmi diterima berhubung serangan pengganas di India – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik, yang dikatakan terlibat dalam rancangan serangan pengganas di India.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Zakir terlibat serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.

“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang dari negara luar yang lain dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara,”

Abdul Hamid berkata rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas terbukti baik.

Hari ini satu laporan media antarabangsa mendakwa badan perisikan India memintas transaksi kewangan penting yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan, selain turut didakwa mengatur serangan yang mungkin dilakukan di sebuah bandar di sana.

Laporan itu juga menyebut serangan mungkin akan dilakukan sebuah kumpulan yang diketuai seorang wanita pada beberapa minggu akan datang.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555060