Teruk dah khayal dia ni… Lelaki ‘lalok’ duduk atas bumbung kereta

Teruk dah khayal dia ni… Lelaki ‘lalok’ duduk atas bumbung kereta

Teruk dah khayal dia ni… Lelaki ‘lalok’ duduk atas bumbung kereta.

Tular akan sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang duduk di atas bonet kereta ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan berpakaian jeans berserta baju t-shirt dengan selamba duduk di atas bonet kereta berkenaan.

Rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat itu juga memaparkan lelaki berkenaan seolah-olah sedang mencari posisi selesa meskipun kereta berkenaan sedang bergerak dengan laju.

Tidak dapat dipastikan berlaku di mana, namun kejadian tersebut dirakam oleh seorang pemandu lori yang kebetulan berada di belakang kereta berkenaan.

Malah, dapat didengari perbualan diantara pemandu dan juga kelindan lori berkenaan dalam bahasa Tamil dipercayai merujuk aksi berbahaya itu.

pelbagai reaksi yang diberikan warganet berhubung perkara itu. Malah, mereka juga berpendapat bahawa individu tersebut sedang khayal.

Turut baca