TERKINI | Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala, ini penjelasannya

TERKINI | Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala, ini penjelasannya

TERKINI | Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala, ini penjelasannya.

Kontak rapat bagi individu tanpa gejala dan bergejala tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 22 April ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu terlibat perlu mematuhi beberapa protokol ditetapkan.

TERKINI | Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala, ini penjelasannya

“Dalam tempoh lima hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif Covid-19, kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak dan elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi.

“Selain itu, hendaklah memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, bagi kontak rapat bergejala masih perlu menjalani kuarantin.

 

Turut baca

Tambahnya, individu berkenaan digalakkan menjalani ujian RTK kendiri pada hari gejala bermula dan seterusnya melakukan sekali lagi pada hari ketiga.

“Jika mana-mana keputusan ujian RTK adalah negatif dan gejala berkurangan, kontak rapat boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar.

“Kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak, elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi, memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya.