TERKINI | Menteri tenaga letak jawatan

TERKINI | Menteri tenaga letak jawatan

Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beliau memaklumkan ia dibuat selepas mengambil kita keputusan pucuk pimpinan Umno.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagai menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Pegawai Shamsul mengesahkan peletakan jawatan itu kepada FMT.

Sumber |FMT