TERKINI | Ebit Lew jawab tohmahan 12 tengah hari

TERKINI | Ebit Lew jawab tohmahan 12 tengah hari

Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengumumkan akan membuat lintas langsung pukul 12 tengah hari esok bagi menjawab semua fitnah terhadap dirinya.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, siaran langsung tersebut bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada pendakwah itu.

“Doakan ye esok pukul 12 tengah hari saya akan ‘live’ menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.

“Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.,” tulisnya.

Jelasnya, fitnah yang dilemparkan kali ini betul-betul menguji diri serta ahli keluarganya.

“Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.

“Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya, keluarga dan team saya. Menyebabkan arwah bapa saya menangis, isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih,” ujarnya.

Ebit memberitahu dia berdoa agar urusannya dipermudahkan dan menyerahkan semuanya kepada Allah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Ebit Lew membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi bagi membersihkan namanya.

Katanya, laporan polis itu dibuat berkisar kepada dakwaan yang dibuat oleh Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. – K! ONLINE

COMMENTS