Terkejut nampak gadis panjat jambatan Pulau Pinang, 2 lelaki pantas bantu, pujuk supaya jangan terjun

Terkejut nampak gadis panjat jambatan Pulau Pinang, 2 lelaki pantas bantu, pujuk supaya jangan terjun

Terkejut nampak gadis panjat jambatan Pulau Pinang, 2 lelaki pantas bantu, pujuk supaya jangan terjun. Dugaan setiap orang berbeza-beza. Kadangkala, ianya terasa amat perit untuk dihadapi hinggakan terlintas di fikiran untuk tamatkan riwayat hidup sendiri.

Begitulah seperti satu kisah tular ini, melibatkan seorang gadis dipercayai membuat keputusan untuk terjun ke bawah jambatan Pulau Pinang.

Terkejut nampak gadis panjat jambatan Pulau Pinang, 2 lelaki pantas bantu, pujuk supaya jangan terjun

Menerusi perkongsian pada jam 12.30 tengahari semalam, 2 orang jurugambar yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang tiba-tiba ternampak seorang gadis yang sedang duduk bertenggek atas jambatan, dipercayai ingin terjun ke bawah.

Mujur kedua-duanya bertindak pantas dan menghampiri gadis tersebut lalu memujuknya untuk turun ke bawah dan ditenangkan di atas jalan raya.

Ramai yang sebak memikirkan betapa buntu nya perasaan gadis tersebut, mungkin atas dugaan yang menimpa hidupnya.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan kedua jurugambar tersebut yang berjaya menyelamatkan satu nyawa dari terkorban.

 

Turut baca