Terima sogokan RM100,000 bantu tutup kes, peguam ditahan SPRM di pusat beli-belah

Terima sogokan RM100,000 bantu tutup kes, peguam ditahan SPRM di pusat beli-belah

Terima sogokan RM100,000 bantu tutup kes, peguam ditahan SPRM di pusat beli-belah.

Seorang peguam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000 kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Sumber berkata, peguam lelaki berusia 50an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, 4 petang tadi.

Katanya, peguam berkenaan sebelum itu dikatakan sudah meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat berkenaan yang mempunyai kaitan dengan sebuah projek pembangunan.

Terima sogokan RM100,000 bantu tutup kes, peguam ditahan SPRM di pusat beli-belah

“Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan permohonan reman.