Terima rasuah bantu dapat projek RM29 juta, 2 lelaki direman

Terima rasuah bantu dapat projek RM29 juta, 2 lelaki direman

Terima rasuah bantu dapat projek RM29 juta, 2 lelaki direman. Dua lagi individu ditahan reman selama lima hari mulai hari ini sehingga 15 Mac 2022 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan syarikat penghantaran.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap kedua-dua individu itu yang masing-masing berusia 54 tahun dan 47 tahun selepas Pegawai Pendakwa SPRM, Siti Zaharah Alias mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Terima rasuah bantu dapat projek RM29 juta, 2 lelaki direman

Menurut sumber, kedua-dua lelaki yang masing-masing merupakan penolong pengurus operasi dan bekas pengurus bahagian kontrak di sebuah syarikat penghantaran ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu, kedua-duanya disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 sebagai balasan bagi membantu mendapatkan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan pengangkutan syarikat terbabit, melibatkan nilai projek kira-kira RM29 juta.

Katanya, kegiatan itu dipercayai dilakukan bersama seorang lagi suspek berusia 43 tahun yang ditahan reman selama enam hari oleh SPRM pada 8 Mac lepas.

Tambahnya, suspek disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 

Turut baca