Terhidu bau busuk dari rumah jiran, polis terima aduan terus pecah masuk rungkai misteri

Terhidu bau busuk dari rumah jiran, polis terima aduan terus pecah masuk rungkai misteri

Terhidu bau busuk dari rumah jiran, polis terima aduan terus pecah masuk rungkai misteri. Tular sebuah video menunjukkan sekumpulan anggota polis yang terpaksa memecah masuk sebuah rumah selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Hal ini susulan bau teramat busuk yang keluar dari rumah seorang penghuni membuatkan ramai yang tidak senang dan tertanya tanya.

Perkongsian @Papa Fen di Tiktok meraih tontonan ramai yang turut risau akan apa yang berlaku. Susulan aduan yang diterima, pihak polis yang datang mengakui terhidu bau busuk yang sama membuatkan mereka terpaksa memecah masuk setelah gagal mendapat respons dari orang dalam rumah.

Salah seorang terpaksa menggunakan cutter untuk membuka pintu dan terus memeriksa seluruh isi rumah kemudian mendapati punca yang datang dari sebuah bilik.

Difahamkan setelah beberapa kali mengetuk tanpa respons mereka terpaksa meninjau dari tingkap untuk mendapatkan kepastian.

Namun begitu, sanagt mengejutkan ketika seorang wanita yang keluar dari biik tersebut dan tidak mendakwa tercium bau busuk tersebut.

Saat ditanya pada wanita tersebut, dia memberi penjelasan bahawa langsung tidak mendengar bunyi bising dari luar rumah gara-gara terlampau penat.

Bertanya mengenai punca bau busuk itu, wanita berkenaan malah mengakui dia langsung tidak menghidu bau tersebut yang berpunca dari bangkai kucing yang telah reput!

Hasil siasatan mendapati, pihak polis tidak menjumpai sebarang perkara mencurigakan dan menasihatkan wanita terbabit untuk segera menyelesaikan bangkai haiwan itu.

 

Tonton juga