Terharu lihat kegigihan suami, bersungguh kumpul duit nak isteri bersalin di hospital swasta

Terharu lihat kegigihan suami, bersungguh kumpul duit nak isteri bersalin di hospital swasta

Terharu lihat kegigihan suami, bersungguh kumpul duit nak isteri bersalin di hospital swasta. Bagi seorang suami dan bakal ayah, pastinya mereka inginkan yang terbaik untuk isteri dan anaknya yang bakal lahir.

Jadi, wajarlah jika dari kalangan mereka lebih memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana beranggapan ia selesa dan pengurusannya juga terjamin sehingga ada yang sanggup membanting tulang empat keratnya mengumpul duit.

Terharu lihat kegigihan suami, bersungguh kumpul duit nak isteri bersalin di hospital swasta

Demikian turut diharapkan oleh pemuda ini yang juga bakal menyambut kelahiran anaknya nanti.

Dia yang menggunakan nama ssab.breena ada berkongsi sedutan menyaksikan kegigihan suaminya berkerja keras mengumpul duit.

Menurut wanita itu, suaminya ingin sekali melihat isterinya bersalin di hospital swasta, jadi dia rela berpenat asalkan dapat berikan yang terbaik untuk isteri dan bakal anaknya.

Tipulah jika tidak kasihan melihat suami bekerja keras seperti itu, namun dalam waktu sama terharu apabila memiliki seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab seperti suaminya.

Bukan itu sahaja, warga netizen turut mengharapkan yang terbaik buat pasangan itu selain mendoakan agar uruan bersalin nanti dipermudahkan.

 

Klik  Rengit Bangkit  untuk  WhapSaPP  group Rengit Bangkit

 

Turut baca