“Terdesak nak wang segera…” Dua individu curi duit tabung jualan nasi lemak milik peniaga ditahan

“Terdesak nak wang segera…” Dua individu curi duit tabung jualan nasi lemak milik peniaga ditahan

“Terdesak nak wang segera…” Dua individu curi duit tabung jualan nasi lemak milik peniaga ditahan.

Terdesak ingin mendapatkan wang segera, dua individu sanggup mencuri duit tabung jualan nasi lemak milik seorang peniaga di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9, di sini.

Bagaimanapun, dua individu itu akhirnya ditahan polis selepas perbuatan mereka itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di lobi kuarters berkenaan.

"Terdesak nak wang segera..." Dua individu curi duit tabung jualan nasi lemak milik peniaga ditahan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu memeriksa rakaman CCTV dan mengesan dua suspek yang mencuri duit tabung jualan itu.

“Seorang suspek dituduh di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi suspek dijadikan sebagai saksi pendakwaan. Sebelum ini, kami menerima laporan daripada seorang penjual nasi lemak yang mendakwa wang jualan nasi lemaknya hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pengadu dikatakan meletakkan nasi lemak dan kuih-muih di lobi kuarters berkenaan bersama tabung duit bagi memudahkan sesiapa yang ingin membeli.

A. Asmadi berkata, pengadu juga mendakwa duit yang diletakkan dalam tabung jualan itu pernah hilang sebanyak dua kali sebelum ini.

Katanya, siasatan juga mendapati, suspek bukan penduduk Putrajaya.