Terasa malu punca lelaki tumbuk muka ‘awek’ tanda balas dendam

Terasa malu punca lelaki tumbuk muka ‘awek’ tanda balas dendam

Terasa malu punca lelaki tumbuk muka ‘awek’ tanda balas dendam.

Perempuan memang terkenal dengan prinsip hidupnya yang ‘selalu betul’, walaupun adakalanya mereka berada di pihak yang salah.

Namun, itu tidak bermakna mereka perlu dikasari sepertimana yang menimpa gadis di dalam video ini.

Menerusi hantaran di Twitter, menyaksikan pertelingkahan yang berlalu melibatkan seorang lelaki dan perempuan di sebuah kedai makan tepi jalan.

Gadis berbaju t-shirt putih itu kelihatannya sangat marah dengan lelaki berbaju hitam hingga menyebabkan dia naik tangan.

Pun begitu, ramai beranggapan bahawa dia menampar lelaki itu tetapi sebenarnya dia melempar sesuatu tetapi tidak mengenai sasarannya.

Dalam situasi tegang itu, lelaki berkenaan juga kelihatannya enggan mengalah, sebaliknya menumbuk semula muka gadis tersebut dengan sepenuh tenaganya.

Tidak berdiam diri, lelaki terbabit kemudiannya diserang pula oleh orang awam yang berada di situ kerana tindakannya mengasari wanita dianggap keterlaluan.

Pun begitu, pemilik akaun tidak menjelaskan secara lanjut akan punca insiden tersebut, malah video yang dimuat naik juga tidak menggambarkan keseluruhan situasi.