Tengkorak, cebisan tulang dipercayai milik kanak-kanak ditemui di Seremban

Tengkorak, cebisan tulang dipercayai milik kanak-kanak ditemui di Seremban

Tengkorak, cebisan tulang dipercayai milik kanak-kanak ditemui di Seremban

Tengkorak dan cebisan tulang rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan ditemui ditanam dipercayai menjadi mangsa bunuh di kawasan tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini

Penemuan itu diperoleh hasil siasatan ke atas suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat tanpa identiti di dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah pada 20 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, petunjuk baharu berkaitan kes itu terjawab selepas tengkorak, geraham dan cebisan tulang rangka dipercayai manusia ditemui pada pukul 11 pagi.

Nanda berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun dan seorang saksi wanita telah dibawa ke lokasi kejadian di kawasan belukar dekat tangki air milik Pengurusan Air Berhad.

Berita berkaitan: Mayat wanita dalam gaung diklasifikasi kes bunuh

Mereka kenudian menunjukkan lokasi mayat kanak-kanak malang tersebut ditanam.

“Kita percaya tengkorak, tulang geraham dan rangka itu milik seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan siasatan diklasifikasi semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pasukan forensik dan patalogi akan mengesahkan sama ada kesemua tulang ditemui itu milik manusia atau haiwan,” katanya ketika ditemui lokasi kejadan hari ini.

 

Turut baca

Menurut beliau, tulang itu dijumpai kira-kira 10 meter dari lokasi asal mangsa ditanam dengan keadaan bertaburan dan ditutup dengan daun-daun kering dan pokok kecil.

“Siasatan awal mendapati, mangsa kemungkinan ditanam di situ antara dua ke tiga bulan lalu. Bagaimanapun, tiada barangan lain ditemui berhampiran lokasi terbabit,” katanya.

Jelas Nanda, polis percaya kes bunuh seorang wanita di Jalan Bukit Putus Lama dan kehilangan seorang kanak-kanak berusia lima tahun itu telah hampir selesai.

 

Tonton juga