Tempoh perjalanan lebih panjang… 2 juta kenderaan ‘balik kampung’ dijangka banjiri lebuh raya bermula 29 April

Tempoh perjalanan lebih panjang… 2 juta kenderaan ‘balik kampung’ dijangka banjiri lebuh raya bermula 29 April

Tempoh perjalanan lebih panjang… 2 juta kenderaan ‘balik kampung’ dijangka banjiri lebuh raya bermula 29 April.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh rayanya menjelang sambutan hari raya.

Tempoh perjalanan lebih panjang... 2 juta kenderaan ‘balik kampung’ dijangka banjiri lebuh raya bermula 29 April

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata sehubungan itu, pengguna kenderaan perlu melakukan persediaan menempuh tempoh perjalanan lebih panjang, susulan pergerakan besar-besaran “balik kampung” buat kali pertama dalam dua tahun akibat Covid-19.

Beliau berkata, PLUS turut menjangkakan aliran trafik lebih tinggi antara 29 April dan 9 Mei, memandangkan tiada lagi halangan pergerakan dikuat kuasakan.

“Saya ingin mengingatkan kepada pengguna lebuh raya bersedia menempuh tempoh perjalanan lebih panjang menuju ke destinasi kerana kami meramalkan kesesakan susulan peningkatan tinggi kenderaan di jalan raya.

“Bagaimanapun, anda boleh merancang perjalanan lebih awal dalam aplikasi PLUS dan juga mengikuti jadual cadangan waktu perjalanan (TTA), termasuk menggunakan Waze dan Google Maps, bagi jangkaan laluan perjalanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berhubung mengurangkan kesesakan bagi pihak PLUS, Zakaria berkata, syarikat konsesi berkenaan akan menggerakan 1,500 pembantu khidmat pelanggan demi memastikan 1,100 laluan membabitkan 94 plaza tol di seluruh negara berdepan gangguan minima.

“Selain itu, kakitangan dari ibu pejabat turut ditempatkan di semua plaza tol utama sebagai sokongan tambahan kerana kami menjangkakan pergerakan besar-besaran sempena Raya yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pengguna kenderaan mempunyai pilihan memilih tiga mod pembayaran nirtunai dalam bentuk kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID.

“Bagaimanapun, adalah penting menggunakan mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya. Sebagai contoh, sekiranya menggunakan RFID ketika masuk di Tol Jalan Duta, pelanggan mesti keluar lebuh raya juga menggunakan RFID, seperti mana menggunakan Touch ‘n Go dan SmartTAG”.

Katanya, penggunaan mode pembayaran sama memberi kesan besar mengurangkan kesesakan di pondok tol.