Tempah helikopter tabur duit ketika majlis perkahwinan

Tempah helikopter tabur duit ketika majlis perkahwinan

Bagi meraikan majlis perkahwinin dengan penuh gaya, empat beradik di Pakistan menyewa sebuah helikopter untuk menaburkan wang kepada para tetamu.

Majlis yang melibatkan keluarga Rana tersebut diadakan di daerah Punjab minggu lepas, media tempatan melaporkan.

Ini merupakan majlis perkahwinan anak bongsu keluarga tersebut, Rana Ibrar Hussain, yang menetap di Pakistan sementara keluarga telah tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu, lapor Gulf News.

Keluarga tersebut telah menempah sebuah helikopter dengan harga 1.8 juta Rupee Pakistan untuk menabur wang tunai serta bunga ros sepanjang jalan ketika acara perarakan pengantin.

Menurut penganjur majlis, Mubashar, kira-kira 2 juta Rupee Pakistan dalam bentuk dolar AS dan mata wang Euro ditabur ke atas tetamu yang hadir. | AA