Tegur konsert Justin Bieber : Ustazah Asma dikecam, ‘jangan sibuk hal orang, jaga tepi kain sendiri je’

Tegur konsert Justin Bieber : Ustazah Asma dikecam, ‘jangan sibuk hal orang, jaga tepi kain sendiri je’.
Susulan teguran dari Ustazah Asma mengenai halangan menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Justin Bieber, beliau dilihat menerima kecaman hebat dari kalangan ibu bapa yang menyifatkan teguran tersebut sebagai ‘suka jaga tepi kain orang’.
Meskipun kata-kata kasar dan amarah yang diterima, namun Ustazah Asma tetap cekal memberi teguran dan didikan untuk orang ramai menjauhi tempat-tempat maksiat sedemikian.
Teguran Ustazah Asma menegaskan agar anak-anak muda tidak terjebak meghadiri konsert tersebut memandangkan percampuran antara lelaki dan perempuan di samping dengan suasana yang terkinja-kinja boleh mengundang maksiat.
“Pakaian jangan cakaplah, mesti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal.”
“Bertemu dengan kawan baru, sekelip mata nombor telefon bertukar dan merasai nikmat kebebasan atas nama sporting ibu bapa.”
Lebih terkejut apabila kecaman yang diterima adalah rata-rata dari golongan ibu bapa yang menyuruh Ustazah Asma agar menjaga kain sendiri dan jangan ikut campur urusan mereka.
Menerusi kecaman yang diterima, Ustazah Asma akui tidak terkesan namun agak terkilan kerana ramai yang berdiam diri tanpa menegur kemungkaran yang berlaku depan mata.
ama sekali tidak bersetuju sekiranya ‘kebebasan’ diberikan atas tiket menghadiri konsert yang jelasnya lebih cenderung ke arah maksiat.
“Dengan ayat sangka baik, alahai tu Justin Bieber je, kan sekadar hiburan.”
“Kadang-kadang remaja perlu diberi kebebasan nanti takut memberontak.”
Turut baca
- Curi motor demi tampung kos isteri bersalin, lelaki sebak jumpa anak lepas 2 bulan di penjara
- Wanita berperangai pelik, guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
- Awas!!! Rakyat Malaysia harus berwaspada dengan penipuan dalam talian dan aplikasi android
Tonton juga