Tangguh masa melawat, pelawat, pengawal keselamatan bergelut kini diburu

Tangguh masa melawat, pelawat, pengawal keselamatan bergelut kini diburu

Tangguh masa melawat, pelawat, pengawal keselamatan bergelut kini diburu.

Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bergaduh di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang, selepas klip video kejadian itu tular di media sosial.

Tangguh masa melawat, pelawat, pengawal keselamatan bergelut kini diburu

Tangkap layar daripada video tular sekumpulan lelaki bergaduh di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, laporan diterima pada 1.30 tengah hari semalam berhubung klip video 10 saat itu membabitkan pergaduhan beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan hospital berkenaan.

 

“Difahamkan pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan pelawat hospital.

“Kejadian itu dikatakan berpunca daripada tindakan pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan terbabit kerana melengahkan waktu pertukaran penjaga (pelawat) di salah sebuah wad di hospital itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil memberikan laporan.