Takiyuddin Hassan ‘racun kepada negara’

Takiyuddin Hassan ‘racun kepada negara’

Takiyuddin Hassan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk Undang-undang dan Parlimen.

Kami sudah lama memerhati gelagat YB PAS ini yang semakin hari semakin jelas pada kami adalah sejenis spesis racun yang merosakkan negara. Lihat sahajalah apa yang dia ulas berkenaan dakwaan Hamid Bador. Ramai geleng kepala apabila baca ulasan bodoh keluar dari mulut dia.

Dia juga sanggup memberi segala macam alasan untuk menghalang Parlimen dari bersidang. Alasan bodoh yang keluar dari mulut dia memang tidak boleh kami hadam. Malah ianya menggambarkan seolah olah dia ni seorang yang tidak berpelajaran.

Dia sampai sanggup temberang mengatakan proses semak dan imbang boleh berjalan walaupun Parlimen tidak bersidang. Tembarang dia itu menyebabkan dia disekolahkan oleh Azalina Othman Said. Sehingga hari ini dia diam membisu tidak berani menjawab Azalina.

Dia juga mempertahankan onar yang dibuat #KerajaanGagal ini dalam isu undi 18.

Paling malang sekali, hampir setiap kali dia buka mulut dia tidak ada segan silu bagi alasan bodoh seolah-olah kita semua percaya apa yang keluar dari mulut dia.

Baru-baru ini beberapa peniaga di Kota Bharu kena kompaun RM50 ribu. Anda masih ingat bukan, yang Takiyuddin mempertahankan jumlah kompaun yang dinaikkan beberapa bulan lepas selepas ramai menzahirkan kegusaran. Sekejap cakap macam itu, sekejap cakap macam ini. Pusing-pusing dan putar alam.

Anda tahu siapa Ahli Parlimen Kota Bharu itu? Ya itu kawasan Parlimen Takiyuddin.

Jika kami mahu senaraikan satu persatu keburukkan yang dibawa oleh Takiyuddin, dari hari ini sampai raya ke 15 pun masih tidak selesai.

Takiyuddin adalah seorang Menteri yang membuatkan kami semua khuatir dan gusar. Sekali lagi kami tekankan, pada kami Takiyuddin adalah sejenis racun yang sedang menghancurkan negara ini.

Jadi jangan lupa, jika anda juga sudah menyampah dengan Takiyuddin dan mereka yang satu spesis macam dia dalam dalam kabinet Muhyiddin sekarang ini, tidak kisahlah si BINGAI itu dari Bersatu, PAS mahupun UMNO, sokonglah kempen #pecatPN yang bakal menggegarkan Malaysia tidak lama lagi.

Sumber :

COMMENTS