Takiyuddin akui undang-undang kompaun RM10,000 digunapakai tidak lengkap

Takiyuddin akui undang-undang kompaun RM10,000 digunapakai tidak lengkap

Mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak semestinya akan terus dikenakan kompaun RM10,000, kata Takiyuddin Hassan.

Sebaliknya, menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang) itu berkata pegawai-pegawai penguat kuasa yang memantau SOP akan diberikan garis panduan bagi memastikan kadar kompaun dikenakan bersesuaian dengan tahap keseriusan kesalahan.

“Ada garis panduannya, tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan kadar kompaun. Cumanya, undang-undang yang diwartakan itu tidak menyatakan satu persatu,” kata beliau dalam sidang media di Facebook hari ini. | FMT