Tak rasa pensyarah hina B40, anak Zahid ‘sound’ pelajar, ‘Sikit-sikit letak kat media sosial’

Tak rasa pensyarah hina B40, anak Zahid ‘sound’ pelajar, ‘Sikit-sikit letak kat media sosial’. Isu membabitkan seorang pensyarah di sebuah IPT gara-gara merendah-rendahkan keluarga pelajarnya mendapat perhatian meluas daripada warganet serta individu berpengaruh di media sosial.
Tidak ketinggalan, anak kepada Presiden UMNO iaitu Nurul Hidayah Zahid juga tampil dengan kenyataannya berhubung insiden yang tular.
Walaubagaimanapun, dia berada di belakang pensyarah berkenaan kerana beranggapan tindakannya itu wajar.
View this post on Instagram
Menurutnya, di zaman media sosial ini memang kalau boleh segala masalah ingin dikongsikan sehingga tanpa sedar telah mengaibkan pensyarah sendiri.
Jadi, dia meminta orang ramai terutamanya pelajar di luar sana agar menggantikan rasa sedih atau kecewa itu sebagai satu tenaga untuk membakar semangat.
“Realiti lagi teruk, habis kalau kena marah dengan bos nanti pon letak dekat SOCMED ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambil pekerja macam tu? Sikit2 letak kat SOCMED.”
Selain itu, Nurul dalam kenyataannya berpendapat bahawa pensyarah berkenaan sebenarnya tidak bermaksud untuk menghina golongan B40, sebaliknya mengutamakan kesungguhan pelajar untuk mencapai apa yang mereka mahukan.
Turut baca
- Poyo!!! Video pensyarah marah pelajar tak ada komputer riba undang kecaman netizen
- “Kemiskinan orang jangan dibuat main” Pensyarah hina pelajar B40 ditegur
- TERKINI | Pensyarah hina pelajar B40 berdepan tindakan
Tonton juga