“Tak kisah ayah nak kawin, tapi mama” Kenyataan Aleesya sangat menyentuh hati

Penyanyi dan aktres jelita, Erra Fazira akui tidak tahu mengenai perkembangan hubungan bekas suaminya, Engku Emran bersama Noor Nabila sebelum pasangan itu mendirikan rumah tangga.
Menurut Erra, dia tahu siapa Nabila namun tidak mengenalinya secara dekat.
“Saya memang tak tahu mengenai hubungan mereka, saya sama sahaja seperti yang lain juga.
“Saya tahu Nabila, tetapi tidak mengenalinya secara dekat, kami pernah berjumpa pun sekali sahaja,” katanya.
Erra berkata demikian ketika ditemui Gempak dalam sebuah rakaman program pada Ahad.
Kata primadona filem Melayu ini, dia masih belum berjumpa anaknya, Engku Aleesya sejak bekas suaminya itu berkahwin.
“Saya masih belum berjumpa Aleesya sejak dia dapat mak baru ini disebabkan masa yang belum mengizinkan.
“Tapi saya sangat pasti yang dia okay sahaja, dia sayang adik baru dia Jayden.
Jadi saya rasa perkara ini tidak memberi masalah untuknya, setakat ini dia gembira sahaja, syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Tambah Erra, Aleesya sudah matang dan mengerti tentang sesebuah institusi perkahwinan.
“Saya rasa Aleesya matang dan tahu apa itu institusi perkahwinan, tanggungjawab ibu baru.
Tanggungjawab anak kepada ibu, tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri.
“Alhamdulillah Aleesya bersikap positif, mungkin juga disebabkan dia sudah ada pengalaman mengaalami perkara sebegini, jadi dia faham,” tambahnya.
Ditanya sama ada mahu memberi ucapan kepada bekas suami, Erra enggan berkata apa-apa sebaliknya memberikan ucapan khas buat Aleesya.
“Saya hanya nak ucapkan untuk anak saya, semoga Aleesya menjadi anak yang solehah.
Baik dan taat tentunya kepada ayahnya dan juga ibu Nabila.
“Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga yang besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you!” tuturnya menutup bicara.
Engku Emran dan Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa melangsungkan perikahan pada pagi Jumaat lalu.
Iadalam sebuah majlis ringkas di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila merupakan kali ketiga buat kedua-dua mereka.
Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan berc.erai pada 18 Februari 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.
“Tak Kisah Ayah nk Kawen, Tapi Mama..”
PENYANYI dan pelakon Erra Fazira tidak menolak takdir untuk bergelar isteri kembali jika bertemu dengan lelaki yang sesuai.
Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, dia hanya akan meneruskan hasratnya itu sekiranya mendapat persetujuan daripada anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti.
“Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).
“Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa),” katanya kepada mStar.
Erra ditemui pada majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.
Erra dan Wany bergelar duta pelitup muka Himaya.
Mengulas lanjut mengenai perasaan anak berhubung perkahwinan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 37.
Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Nabila dengan bekas suami, aktor Sharnaaz Ahmad.
Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).
“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden.
“Saya selalu nasihatkan dia sayang adik, jaga adik baik-baik. 11 tahun dia seorang.
Jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai.
“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden,” katanya.
Pasangan ini bergambar dengan anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden Ahmad.
Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan usahawan Neelofa, Nabila di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007.
Namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.
Berikut sedikit bodata Ibu Baru Alyessa
Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.
Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.
Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.
Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.
Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.
Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.
Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.
Fakta Menarik
Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).
Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.
Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.
Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.
Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa. | CM