Tak adil salahkan UMNO atas pelbagai isu melanda negara, kata Azalina

Tak adil salahkan UMNO atas pelbagai isu melanda negara, kata Azalina

Umno secara tidak adil dipersalahkan atas pelbagai isu yang melanda negara hanya kerana Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob datang daripada parti itu, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Dalam temu bual bersama The Vibes, Azalina menegaskan bahawa Ismail dan Umno tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap keputusan kerajaan kerana komposisi pelbagai parti Kabinet.

“Persoalan yang dibangkitkan juga kini boleh dijawab oleh parti politik lain kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan campuran. Jadi, anda benar-benar tidak boleh menyalahkan parti saya (untuk) bertanggungjawab atas segala-galanya,” katanya.

“Apabila berlaku masalah, orang kata kerajaan dipimpin oleh pemimpin Umno. Tetapi apabila pelaksanaan tergendala, tiada siapa yang mahu menunjukkan bahawa menteri yang menyebabkan masalah itu bukan milik Umno.

“Kami dipersalahkan kerana perdana menteri milik parti saya,” katanya.

Selain Barisan Nasional pimpinan Umno, kerajaan juga dianggotai oleh ahli parlimen daripada Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

Walaupun Azalina tidak menyatakan secara spesifik isu apa yang Umno dipersalahkan, pemimpin pembangkang telah mengkritik kerajaan kerana kejatuhan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan inflasi.

Kerajaan juga dikritik kerana lambat bertindak balas terhadap banjir baru-baru ini dan ketidakupayaannya untuk menangani kekurangan buruh semasa.