Suspek tembak lelaki di depan ahli keluarga di Sungai Petani ditahan

Suspek tembak lelaki di depan ahli keluarga di Sungai Petani ditahan

Suspek tembak lelaki di depan ahli keluarga di Sungai Petani ditahan.

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Suspek tembak lelaki di depan ahli keluarga di Sungai Petani ditahan

Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam.

“Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya.

Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis.

Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam.

Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan.

Semalam, Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, Murali dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam jenayah terancang dan aktiviti berkaitan dadah, serta kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.