Sumbang mahram dengan 2 anak tiri, lelaki dipenjara 49 tahun

Sumbang mahram dengan 2 anak tiri, lelaki dipenjara 49 tahun

Sumbang mahram dengan 2 anak tiri, lelaki dipenjara 49 tahun.

Pemandu lori berusia 50 tahun dijatuhi hukuman penjara 49 tahun selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram dan mendera secara seksual terhadap dua anak tiri perempuannya, enam tahun lalu.

Sumbang mahram dengan 2 anak tiri, lelaki dipenjara 49 tahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman 15 tahun penjara bagi setiap tiga pertuduhan dan empat tahun penjara bagi pertuduhan serangan seksual. Hukuman penjara diarahkan berjalan serentak.

Bagaimanapun, tertuduh dikecualikan 15 sebatan susulan jenayah dilakukannya kerana Kanun Keseksaan mengecualikan mana-mana pesalah berusia 50 tahun dan ke atas daripada disebat.

“Ini merupakan jenayah kejam yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Oleh itu, wajar anda ditahan di penjara bagi tempoh panjang,” kata Hakim Mahkamah Rayuan Kamaludin Md Said.

Mangsa ketika kesalahan dilakukan masing-masing berusia 12 dan 13 tahun

Kamaludin, yang mempengerusikan sidang tiga hakim, berkata tiada alasan untuk campur tangan dalam dapatan mahkamah sesyen yang menjatuhi hukuman penjara berjalan secara berasingan terhadap tertuduh.

Hakim lain bersidang adalah Nordin Hassan dan Ahmad Zaidi Ibrahim.

Peguam Izleen Ismail, daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, dalam hujahannya menyatakan tertuduh tidak mampu berubah sekiranya berada dalam penjara bagi tempoh panjang.

“Dia mungkin meninggal dunia dalam penjara atau bebas daripada penjara pada usia sangat lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zaki Ashraf Zubir, dalam hujahan menyatakan mahkamah sesyen adalah betul menjatuhi hukuman penjara panjang susulan kesalahan dilakukan cukup berat.

“Tiada isu kesan kemusnahan apabila berada dalam penjara pada tempoh panjang kerana tertuduh mengambil kesempatan terhadap dua kanak-kanak perempuan,” katanya sambil menambah hukuman itu sebagai penghalang kepada orang lain.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan antara awal 2016 dan penghujung 2017, di sebuah rumah, di Sungai Petani, Kedah.

Ibu mangsa, yang berkahwin dengan lelaki itu, hanya mengetahui perkara berlaku terhadap dua anak perempuannya selepas dia ternampak suaminya itu sedang melakukan hubungan seks terhadap seorang anak perempuannya, pada penghujung 2017.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada awal 2018 dan lelaki berkenaan mengaku salah membabitkan tiga pertuduhan sumbang mahram dan satu pertuduhan serangan seksual.

Pada Apr 5 2018, mahkamah menjatuhi hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap kesalahan sumbang mahram.

Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun lagi dan dua sebatan kerana serangan seksual.

Hakim perbicaraan memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan, bermaksud 49 tahun penjara keseluruhan dan 15 sebatan. Mahkamah Tinggi juga mengekalkan hukuman berkenaan, pada 2019.