Sultan Perak berkenan terima menghadap PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Kinta.
Sesi menghadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada 12 tengah hari.
Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu, pertama buat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, sejak pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov.
Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di pasar awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.