Suami isteri maut, dua anak parah bertembung lori

Suami isteri maut, dua anak parah bertembung lori

Sepasang suami isteri maut, manakala tiga termasuk dua anak pasangan itu parah apabila dua kenderaan dipercayai bertembung dalam kejadian berhampiran Stesen Minyak Caltex di Jalan Tanjung Labuh, dekat sini kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pasangan suami isteri berusia 60 tahun itu bersama dua anak berusia 14 dan 21 tahun menaiki kereta Nissan Almera dipercayai dari arah Senggarang ke Batu Pahat

Seorang lagi mangsa yang cedera adalah pemandu lori satu tan berusia lingkungan 30-an. Setakat ini identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Tarmizi Ishak dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian jam 2.52 petang.

Katanya, sebuah jentera bersama 10 anggota serta sebuah EMRS dikejarkan ke tempat kejadian

Menerusi kenyataan, Mohd Tarmizi berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan seterusnya.

“Manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut dirujuk ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 4.02 petang,” katanya. – BH