Speaker pertahan MP Tasek Gelugor,tolak usul rujuk ke Jawatankuasa Hak

Speaker pertahan MP Tasek Gelugor,tolak usul rujuk ke Jawatankuasa Hak

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul untuk merujuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana kesilapan ketika mengira undi belah bahagi Belanjawan 2021.

Dia berkata setelah menilai dokumen dan keterangan yang dikemukakan, dirinya mendapati bahawa kesilapan berkenaan tidak menghina majlis Dewan Rakyat.

“Saya mendapati bahawa perbutan Yang Berhormat Tasek Gelugor kerana tersilap mengira undi tidak terjumlah kepada suatu kenyataan yang menggelirukan Dewan yang boleh disifatkan sebagai menghina Majlis menurut Peraturan Mesyuarat 36(12),” katanya dalam suratnya kepada Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai).

Pemimpin PKR itu mengajukan usul untuk mengheret Shabudin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sebelum ini, Azhar telah memberi Shabudin surat tunjuk sebab selepas Fahmi mengemukakan usul itu.

Pada 30 November lalu, Shabudin secara keliru telah mengambil kira undian dari Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) semasa undi belah bahagi mengenai peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kewangan walaupun ahli parlimen Umno itu tidak berada di dalam dewan.

Shabudin yang mewakili Bersatu kemudian mengakui kesalahan itu dan meminta maaf pada keesokan harinya.

Fahmi ketika mengulas keputusan speaker berkata tindakan Azhar itu memberi mesej yang salah dari segi proses pengundian belah bahagian.

“Hari ini Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memutuskan bahawa perbuatan YB Tasek Gelugor pada 30 November lalu – iaitu mengira YB Padang Rengas sebagai mengundi ‘sokong’ walaupun YB Pasang Rengas tiada di dalam Dewan Rakyat pada waktu itu – sebagai tidak mengelirukan Dewan.

“Ini keputusan yang saya kesali dan memberi mesej yang salah dari segi proses pengundian belahbahagian. Seharusnya Dewan mengambil tindakan yang tegas, bukan setakat ini sahaja.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555592