Solat bermakmumkan kipas, ini respon mufti

Solat bermakmumkan kipas, ini respon mufti

Solat bermakmumkan kipas, ini respon mufti.

Sejak akhir-akhir ini, bersepah di media sosial akan video menyaksikan perbuatan anak muda mendirikan solat fardhu dengan bermakmumkan kipas.

Malah, ia telahpun menjadi ikutan orang ramai, terutamanya golongan remaja untuk berbuat hal yang sama sehingga akhirnya menjadi perhatian para tokoh agamawan dan juga Mufti.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perbuatan itu adalah satu bentuk penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili oleh mahkamah syariah.

Ujarnya, jelas sekali mereka mempersendakan Islam dan hukumnya adalah berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

“Rasanya, isu ini tak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia sikira murtad dan wajib bertaubat.”

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim.”

Tegasnya, pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agam atau ibadah, maka dia perlu diadili di mashkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada.”