Setahun Langkah Sheraton berlalu, bahagiakah rumahtangga kamu?, tanya Salahuddin

Setahun Langkah Sheraton berlalu, bahagiakah rumahtangga kamu?, tanya Salahuddin

Genap tempoh setahun pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini, cakap-cakap politik dalam kalangan rakyat jelata masih jelas kedengaran di kedai kopi dan media sosial.

Jadi tidak hairan setiap rakyat di seluruh peringkat umur, masing-masing kini berubah profesion menjadi penganalisis politik ‘mi segera’ bagi meramal nasib kerajaan baharu dan Pakatan Harapan (PH) pada masa hadapan.

Masing-masing cuba menjadi cerdik pandai dengan mendedahkan pelbagai teori konspirasi membawa keruntuhan kerajaan PH pada 24 Februari lalu.

Bagi Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH, perbuatan tersebut “umpama melarikan isteri orang.

Kamu mungkin boleh tipu Tok Kadi dengan dokumen yang di palsukan. Tetapi hari ini setelah setahun berlalu saya nak tanya bahagia ke rumahtangga kamu?, katanya.

Salahuddin juga menyatakan sebelum ini akhbar antarabangsa The Guardian telah melapurkan betapa pincangnya demokrasi Malaysia memilih PM ke 8, ditwitternya

Terkini ahli-ahli parlimen ASEAN pula menegur bagaimana parlimen Malaysia digantung, katanya.

Umum sedia maklum, Muhyiddin sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan dirinya dan Bersatu yang sedang “tenggelam dan hampir karam.”

Yang pastinya pengkhianatan akan dijatuhkan dengan pengkhianatan juga.