Sertai Sukarelawan – Untuk Malaysia

Dikala semua orang tertanya-tanya ke mana hala tuju Dr. Maszlee Malik, sama ada menjadi ahli politik yang biasa-biasa atau membina platform sebagai ahli politik bekerja demi rakyat.
Terjawab akhirnya. Dr. Maszlee Malik masih jelas prinsip dan hala tuju dalam menerajui dan mendidik masyarakat. Apa yang beliau tulis dalam Pemuda Muslim diterjemahkan satu persatu.
Hari ini dalam sejarah, satu lagi gerakan beliau dibawah payung #untukMalaysia. Gerakan yang didasari dengan satu tujuan iaitu, Pendidikan Untuk Semua.
Yup, pendidikan adalah tunjang utama dalam pembangunan negara. Tanpa pendidikan masyarakat akan ketinggalan. Generasi akan mundur. Akhirnya Malaysia akan tenggelam dalam dunia yang serba bobrok.
Walaupun gerakan ini tidak menjanjikan bertukarnya dasar atau sistem pendidikan Malaysia, namun saya percaya gerakan ini dapat mengubah landskap masyarakat Malaysia tanpa ada sempadan bangsa.
Apa yang kita perlukan jika inginkan perubahan adalah tenaga. Tenaga boleh datang dalam bentuk kekuatan kudrat atau harta yang ada. Maka curahkan apa yang kalian ada jika ingin melihat pendidikan Malaysia diberi nafas baru.
Yup, sumber kewangan dan tenaga modal insan ini sangat perlu. Maka jangan tunggu lama-lama. Saya dah daftar sebagai sukarelawan #untukMalaysa.
Kepada semua guru-guru / pendidik, ibu ayah dan mahasiswa. Ini peluang anda untuk anda bersama Dr. Maszlee Malik mewarnai Pendidikan Malaysia.
Jom daftarkan diri anda dilink ini : https://untukmalaysia.my/sertai-sukarelawan/
Mohd Fadhli
#untukMalaysia
#pendidikanuntuksemuatanggungjawabbersama