Seram tengok!!! Rela pertaruh nyawa demi ibu tercinta, gadis sanggup ambil risiko meniti atas jambatan runtuh

Seram tengok!!! Rela pertaruh nyawa demi ibu tercinta, gadis sanggup ambil risiko meniti atas jambatan runtuh. Banjir yang melanda pantai timur ketika ini pastinya banyak memberi pengajaran kepada semua orang dalam pelbagai hal terutama belas ehsan sesama insan.
Tidak itu sahaja, kasih sayang diantara keluarga juga dapat dilihat apabila masing-masing berusaha menyelamat nyawa insan tersayang.
Seorang pengguna TikTok memaparkan seorang gadis sedang meniti sebuah jambatan sudah runtuh.
Menerusi video yang dimuat naik tersebut, dapat dilihat gadis berkenaan sanggup mengambil risiko semata-mata bertemu dengan ibu tercinta walaupun keadaan jambatan itu boleh membawa pelbagai kemungkinan.
Difahamkan, gadis berkenaan berjaya meniti jambatan runtuh itu dengan selamat dan bersatu dengan ibunya.
warganet meluahkan rasa bimbang melihat risiko yang diambil oleh gadis berkenaan. Malah, mereka turut berharap orang ramai tidak mengikuti jejak gadis itu meskipun ingin bertemu dengan orang tersayang.
Turut baca