Seorang maut tiga parah, dalam kemalangan ngeri melibatkan empat kenderaan

Seorang maut tiga parah, dalam kemalangan ngeri melibatkan empat kenderaan

Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 263.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora semalam.

Nahas yang mengorbankan mangsa berusia 22 tahun itu melibatkan Perodua Myvi, Perodua Alza, Mitsubishi Triton dan motosikal Honda Wave.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu pada pukul 3.56 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota segera menjalankan operasi menyelamat dengan mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit dalam Perodua Alza.

“Mangsa lain termasuk lelaki yang maut telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-K! ONLINE

COMMENTS