Sengaja cari pasal… Lelaki tahan ambulans tengah jalan

Sengaja cari pasal… Lelaki tahan ambulans tengah jalan

Sengaja cari pasal… Lelaki tahan ambulans tengah jalan. Tindakan berani dua buah kenderaan mengganggu kerja pemandu ambulans kini sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi sorotan yang dikongsikan, kenderaan pertama yang sengaja mencetuskan masalah adalah sebuah van Toyota Hiace apabila pemandunya sengaja mengikut rapat selepas ambulans keluar dari simpang.

 

Enggan merisikokan mana-mana pihak, pemandu ambulans lantas menegur pemilik van dengan menggunakan ‘speaker’ agar kenderaan itu menjaga penjarakan kerana bimbang berlakunya brek mengejut.

Tidak lama selepas itu, datang pula seorang lelaki India menunggang motosikal mengikut rapat ambulansnya sehingga dia dengan berani menahan ambulans yang sedang membawa pesakit di tengah jalan.

Walaubagaimanapun, usainya lelaki itu menyedari perbuatannya sedang dirakam, dia segera beredar.

Malah, sempat menukar haluan ketika menemui simpang, manakala pemandu van tadi masih mengekorinya sehingga ambulans itu melalui kawasan balai polis.

 

Turut baca