Sendiri cuai… Lelaki ugut bunuh, serang polis setelah berang disaman

Sendiri cuai… Lelaki ugut bunuh, serang polis setelah berang disaman

Sendiri cuai… Lelaki ugut bunuh, serang polis setelah berang disaman.

Seorang lelaki mengugut mahu membunuh dan menyerang anggota polis trafik selepas berang disaman dalam kejadian di Kota Belud, Sabah.

Ketua Polis Kota Belud, Shahruddin Mat Husain, berkata kejadian berlaku pada 10.55 pagi semalam ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud menjalankan Ops Selamat dan Ops Lancar.

Katanya, suspek yang juga penganggur berusia 22 tahun didapati gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) selain tamat perlindungan insuran dan cukai jalan.

 

Sendiri cuai... Lelaki ugut bunuh, serang polis setelah berang disaman

“Semasa saman dikeluarkan, suspek bertindak merakam menggunakan telefon dan polis menegur perbuatannya.

“Namun suspek mulai berang dan mengeluarkan kata-kata mahu membunuh anggota polis yang bertugas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, polis cuba menenangkan suspek namun lelaki itu bertindak membuka but keretanya dan mengeluarkan sebatang paip besi.

“Suspek cuba menyerang anggota polis dan berlaku pergelutan kecil yang mana suspek turut menendang paha salah seorang anggota polis trafik yang bertugas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan,” katanya.

Shahruddin berkata, suspek direman bermula hari ini untuk tindakan lanjut.