“Semua nak cepat…” Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor

“Semua nak cepat…” Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor

“Semua nak cepat…” Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor.

Memotong barisan dan memandu kenderaan melebihi had kelajuan merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan di Johor sepanjang sembilan hari Op Selamat dijalankan.

"Semua nak cepat..." Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Khairul Azhar Ismail berkata sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat Sabtu.

Beliau berkata sebanyak 677 saman turut dikeluarkan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan 307 saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Bagi kesalahan memotong di garisan putih berkembar, sebanyak 304 saman dikeluarkan manakala bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan pula hanya lima saman dikeluarkan setakat ini.

“Kesemua saman dikeluarkan sejak Op Selamat dimulakan dari 29 April hingga semalam dan akan ada statistik keseluruhan setelah Op Selamat tamat pada hari ini,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Skudai, semalam.

Khairul Azhar juga berkata sebanyak 2,110 kes kemalangan direkodkan di Johor dengan 18 daripadanya merupakan kemalangan maut.

“Daripada 18 kes itu, 14 melibatkan penunggang motosikal manakala empat lagi pemandu dan penumpang kereta.

“Terdapat juga 21 kes melibatkan kecederaan parah dan 26 kes cedera ringan serta 2,045 kes bagi kerosakan kenderaan,” katanya sambil menambah kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan jalan raya antara daerah.

Beliau berkata aliran trafik semalam dilihat masih terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami aliran trafik perlahan.

Terdahulu, Tinjauan mendapati aliran trafik di beberapa lebuh raya setakat petang semalam tidak sesak dan lancar.