“Sempena cuti Hari Wesak…” Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai

“Sempena cuti Hari Wesak…” Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai

“Sempena cuti Hari Wesak…” Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai.

Perkelahan 14 sekeluarga di Sungai Rayu, Matang dekat sini sempena cuti Hari Wesak bertukar tragedi apabila dua beradik lemas pada Isnin.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Lee Jun Suhia, 34 dan adik perempuannya, Lee Huai Fen, 17 tahun.

Menurut saksi kejadian berlaku ketika mangsa pertama Lee Jun Suhia cuba menyelamatkan isterinya yang sedang lemas.

"Sempena cuti Hari Wesak..." Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai

Mayat Lee Jun Suhia berjaya ditemukan pada 5.40 petang manakala mayat adiknya Lee Huai Fen ditemukan sekitar sejam kemudian.

Sebaik menyelamatkan isterinya, adik perempuannya Lee Hui Fen pula lemas kira-kira 10 meter dari lokasi pertama.

Jun Suhia kemudian berenang ke arah adiknya namun kedua-duanya tenggelam.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan.

“Kami menerima laporan kejadian pada jam 3.01 petang dan sepasukan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diatur gerak ke lokasi.

“Operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Batu Lintang,” katanya ketika dihubungi.

Kata Ling Hii, mangsa pertama, Jun Suhia berjaya ditemukan pada 5.40 petang manakala mayat Huai Fen ditemukan sekitar sejam kemudian.