“Sempat ajak borak…” Motor tercampak dirempuh kereta, soalan ‘rider’ lepas eksiden buat saksi ‘terkedu’

“Sempat ajak borak…” Motor tercampak dirempuh kereta, soalan ‘rider’ lepas eksiden buat saksi ‘terkedu’

Semua sedia maklum bahawa tugas sebagai seorang ‘rider’ sangat mencabar.

Sedar atau tidak mereka sanggup merisikokan diri demi memberikan servis yang terbaik buat pelanggan di luar sana, termasuklah menghadam segala cacian segelintir pihak hampir setiap hari.

Berdepan detik sama, seorang ‘rider’ difahamkan telah terlibat dalam satu kemalangan sehingga dirinya tercampak ke bahu jalan.

Menurut pemilik video yang juga merupakan saksi kejadian, ‘rider’ berkenaan tidak sempat menghentikan kenderaannya lalu melanggar belakang kereta yang ketika itu baru hendak keluar simpang.

Meskipun berada dalam keadaan lemah, namun ‘rider’ berkenaan masih mempunyai kekuatan untuk bercakap sementara menunggu ketibaan ambulans untuk menghantarnya ke hospital.

“Macam mana saya boleh bawa grab?”

Selain itu, apa yang menjadi perhatian warganet adalah mengenangkan soalan yang keluar daripada mulut mangsa selepas kejadian.

Boleh dikatakan dia hampir lupa sebahagian daripada identitinya, termasuklah bagaimana dia boleh bekerja sebagai seorang ‘rider’.

Dedah saksi lagi, rupanya ada banyak soalan yang ditanya oleh mangsa, cuma tidak kesampaian untuk rekod semua perbualan mereka berdua.