“Semoga diRahmatiNYA…” Tun Arshad Ayub tokoh pendidikan negara meninggal dunia

“Semoga diRahmatiNYA…” Tun Arshad Ayub tokoh pendidikan negara meninggal dunia

“Semoga diRahmatiNYA…” Tun Arshad Ayub tokoh pendidikan negara meninggal dunia.

Tokoh pendidikan negara, Tun Dr. Arshad Ayub, 93, menghembuskan nafas terakhir di hospital pada pukul 2.06 pagi tadi.

"Semoga diRahmatiNYA..." Tun Arshad Ayub tokoh pendidikan negara meninggal dunia

Tokoh pendidikan negara, Tun Dr. Arshad Ayub, 93 tahun

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarganya dalam satu kenyataan menerusi media sosial hari ini.

“Dukacita dimaklumkan Ayahanda tercinta kami, Allahyarham Tun Arshad Ayub telah kembali ke Rahmatullah pada pada pukul 2.06 pagi tadi, 14 Jun 2022.

*Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Arshad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu berikutan masalah kesihatan dan dilaporkan dalam keadaan tenat.

Allahyarham pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak 1967 sehingga 1975 sebelum dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga dianggap sebagai pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM selain pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha kementerian.

Allahyarham turut berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun.