Semangat Budak Kampung lawan tetap lawan

Semangat Budak Kampung lawan tetap lawan

Aksi Budak Kampung Jadi Viral, Hanya Berkaki Ayam & “Steady” Pakai Basikal Uzur Lawan Pelumba Pro Dikagumi Ramai

Aktiviti berbasikal biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk membeli kelengkapan-kelengkapan secukupnya.

Bermula daripada jenis basikal yang sesuai mengikut ketahanan dan kualitinya, peralatan tambahan, penyelenggaraan, keselamatan dan sebagainya, mungkin ‘makan’ hingga ribuan ringgit.

Apatah lagi jika ia digunakan untuk situasi dan lokasi tertentu, contohnya perlumbaan lasak di litar ‘off-road’.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto memaparkan seorang budak lelaki yang kelihatan menyertai satu perlumbaan basikal.

Difahamkan, sebenarnya acara perlumbaan tersebut berlangsung di Preak Leap Track, Phnom Penh, Cambodia baru-baru ini, menurut perkongsian di laman Facebook Cambodia MTB Series.

Peserta budak kampung paling tarik perhatian

Namun, antara kebanyakan gambar yang dimuatnaik ke album perlumbaan, satu-satunya pelumba yang mendapat perhatian hingga tular ke serata media sosial termasuk di Malaysia adalah seorang pelumba bawah umur ini.

Berdasarkan foto-foto tersebut, penampilan adik ini sangat berbeza dengan peserta-peserta lain.

Umumnya jika dalam satu-satu perlumbaan, pastinya peserta akan memakai pakaian dan kelengkapan yang lengkap, termasuk tahap keselamatan. Basikal pun mestilah basikal yang ‘kuat’.

Tapi berbeza dengan adik ini, dia hanya menyarung t-shirt biasa (mungkin baju basahan), berseluar pendek dan lebih penting, hanya berkaki ayam sahaja.

Basikalnya pula kelihatan lusuh, agak usang, berdebu, sedikit berkarat dan nampak seakan memang digunakan setiap hari sebagai pengangkutan utamanya.

Namun agak mengejutkan, adik ini didapati mampu mengayuhnya dengan begitu ‘padu’ ketika perlumbaaan tersebut berlangsung.

Dia juga tidak begitu kekok mengendalikan kayuhan di trek off-road yang berumpur, berbatu, bertanah, tidak rata dan bengkang-bengkok itu.

Jelas di sini, mungkin adik ini memang seorang anak jati kampung, sudah terbiasa mengayuh basikal di jalan-jalan kampung.

Ataupun kayuhan basikal itu sendiri sudah menjadi rutin sehariannya.

Foto ini jelas menampakkan, hampir semua pengunjung yang datang untuk meyaksikan perlumbaan tersebut lebih tertumpu kepada aksi si adik ini.

Jelas di riak wajah mereka, semuanya tersenyum bangga melihat gaya adik ini mengayuh basikal kampung jauh di depan meninggalkan pelumba-pelumba lain yang kelihatan lebih profesional.

Rupanya bukan dia sahaja ‘budak kampung’ yang beraksi sedemikian, ada lagi peserta lain yang turut menarik perhatian ramai.

Ciri-cirinya sama juga, tidak berhelmet, berbaju tshirt biasa, berbasikal usang, tanpa sebarang perlindungan keselamatan, berseluar pendek dan berselipar sahaja.

Namun amat mengejutkan, di akhir perlumbaan, adik yang lagi seorang ini terpilih untuk naik ke podium sebagai antara yang menang.

Kalau diperhatikan pemenang-pemenang di podium, peserta tempat pertama hingga ketiga memang betul-betul seorang pelumba (yang berpengalaman dan mempunyai kelengkapan).

Namun, dua peserta lagi dipercayai mungkin antara ‘budak kampung’ seperti yang dinyatakan tadi.

Ini jelas terbukti, semangat dan kemahiran untuk bergelar juara tidak semestinya bergantung kepada kemampuan materi, tapi juga menuntut semangat dari hati.

Netizen Malaysia kagum

Kredit gambar: Cambodia MTB Series

Dalam banyak-banyak gambar yang dimuatnaik di laman Facebook itu, gambar inilah yang paling menarik perhatian hingga mencapai lebih 35,000 ‘likes’, lebih 800 komen dan serta 34,000 perkongsian.

Ramai juga netizen memberi pujian dan kata-kata semangat buat adik yang hebat ini.

Sementara itu, tidak kurang juga laman Facebook Abang Just Sebarkan turut berkongsi foto-foto ini ke page mereka hingga mendapat pelbagai respon membanggakan daripada netizen.

Sumber: Cambodia MTB Series, Abang Just Sebarkan

Sumber : https://alhadi.my/2020/11/12/semangat-budak-kampung-lawan-pelumba-pro-dikagumi/