Selepas PN menguasai negara, Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19

Selepas PN menguasai negara, Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19

Panas! Selepas PN menguasai negara, Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19. Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendabik dada mengatakan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

Selepas PN menguasai negara, Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19

Bahkan katanya, sewaktu PN merampas pentadbiran dari Pakatan Harapan (PH) pada 2020, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu turut mendakwa mungkin ramai rakyat Malaysia akan mati disebabkan PH.

Bagaimanapun kata Dzulkefly, hanya beberapa bulan selepas PN menguasai negara, Malaysia terus diserang gelombang ketiga Covid-19 yang merupakan malapetaka paling teruk dalam sejarah kesihatan awam negara.

“Bukan hanya PN bertanggungjawab mencetuskan gelombang ketiga tetapi mereka gagal untuk mengurusnyanya dengan cekap, cepat dan berkesan.

“PKP 3.0 dan ordinan darurat yang dipaksakan ke atas rakyat jelata pada Januari 2021 tidak berjaya melunturkan lengkung pandemik.

“Jelas bahawa Fiqh wabak, serta prinsip dan pengurusan wabak PN agak ketinggalan zaman. Tidak kontemporari dan kurang idea yang bernas untuk menangani virus Covid-19 yang amat merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi kepada Malaysia Dateline.

Baru-baru ini, Azmin mendakwa antara kejayaan luar biasa kerajaan PN adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan Covid-19.

Beliau berkata, kejayaan PN telah diiktiraf masyarakat dunia dengan Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei meletakkan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada tahun sebelumnya.

Dakwaan Azmin itu mengundang sindiran dari Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan bahawa Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia dalam kes Covid-19.

Najib berkata, data tidak pernah menipu dan Malaysia selalu berada di tangga tercorot dalam indeks Covid-19 di Bloomberg, Nikkei, dan The Economist ketika itu.

Beliau turut mengingatkan, ketika pentadbiran PN jugalah ‘lockdown’ di Malaysia dilaksanakan separuh masak dengan tempoh paling panjang dalam dunia sehingga rakyat tidak dibenarkan rentas negeri dan balik kampung dua tahun berturut-turut.

PN banyak campuri pengurusan pandemik

Sementara itu Dzulkefly mengulas, kes Covid-19 yang terus melonjak, dengan kemasukan ke hospital bertambah dan kematian meningkat adalah akibat dari gelombang ketiga dimulakan PN.

Gelombang ketiga itu katanya, telah menyebabkan krisis kepada perkhidmatan kesihatan negara yang tidak berjaya menampung kes, menampung kemasukan hospital dan kematian Covid-19 yang meningkat secara mendadak.

“Hanya apabila politik pandemik diketepikan dan pakar kesihatan negara di dalam KKM dan di luar KKM digembelengkan secara inklusif dalam pasukan Greater Klang Valley Task Force (GKVTF), pandemik ini berjaya diurus dengan efektif dan perkhidmatan kesihatan dapat dikembalikan kepada sedia kala sehingga kini,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan bahawa PN banyak mencemari pengurusan pandemik dengan unsur-unsur politik yang mengetepikan kaedah sains untuk mengatasi ancaman wabak berkenaan.

Jelasnya, politik PN menunggang pandemik untuk menyekat poses demokrasi dengan cara melaksanakan ordinan darurat, menangguh persidangan Parlimen dan memberi kezaliman kuasa kepada perdana menteri PN, telah menyebabkan Malaysia menuju ke arah negara autokrasi dan hancurnya demokrasi.

Sumber | MD